Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Kek Batik Sedap

Kek Batik Bahan-Bahan: 1 pek biskut Marie 250g mentega/butter 200g serbuk Milo 3 sudu besar serbuk koko, ayak 3/4 tin susu pekat Cara Penyediaan: Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8". Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan. Tips Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Che Nom gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan...

Tiramisu

Tiramisu Bahan-bahan : 200ml whipping cream atau krim putar 250ml cream cheese 1.5 sudu serbuk kopi/nescafe serbuk coklat sebagai hiasan 1 biji sponge kek atau hirisan kek yang anda minati 1/2 cawan gula kisar / gula halus Cara-cara : 1. Bancuhkan nescafe/ serbuk kopi menggunakan satu cawan air panas 2. Kisar bersama gula halus, cream cheese dan whipping cream sehingga sebati 3.  Kacau menggunakan mixer atau secara manual sehingga menjadi kembang dan gebu 4. Sediakan beberapa lapisan kek (3 atau 4) mengikut citarasa anda 5. Susan lapisan yang pertama ke dalam bekas 6. Kemudian tuangkan bahan kisaran tadi. Ratakan secara perlahan 7. Susun lapisan yang kedua dan ulang langkah 6 sehingga habis kisaran anda digunakan. 8. Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam dan hiaskan dengan serbuk coklat apabila dihidangkan. Sumber: http://lilieyz.blogspot.com/2013/07/resepi-tiramisu-yang-simple.html http://aurapink.blogspot.com/2011/02/re...

Puding Custard Cocktail

Siapa sangka, hanya dengan menggunakan 4-5 bahan, anda boleh menyediakan puding custard yang sangat menggiurkan. Walaupun ada yang tiada pengalaman memasak, kalau buat resipi puding ini tentu menjadi. Kalau dimakan sejuk-sejuk, memang tak cukup semangkuk. Campuran buah-buahan koktel menambahkan lagi warna, menaikkan selera, dan mempelbagaikan rasa masam-manis dalam puding ini. Puding Custard Cocktail Bahan-bahan: 5 cawan susu segar/sejat 3-4 sb tepung custard 4 sb gula pasir 1 sk esen vanilla secukup cocktail buah ikut pilihan Cara Penyediaan: Tepung custard dilarutkan bersama 1 cawan susu yang ada. Masak lebihan susu dengan gula hingga mendidih dan masukkan larutan tepung custard tadi dan kacau terus hingga pekat. Matikan api dan biarkan sejuk. Simpan custard di dalam bekas bertutup supaya permukaan custard tak berkulit. Bubuh secukup buah cocktail ke dalam gelas hidangan. Tuang custard secukupnya di atas cocktail ketika ingin menghidang. *Re...

Puding Jagung

PUDING JAGUNG Bahan-Bahan: 1 tin jagung manis berkrim 1 cawan tepung kastard 1 cawan gula (kurangkan kepada 3/4 cawan jika suka kurang manis) 1/2 cawan susu cair 2 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu kecil garam 3 cawan santan (ATAU 1 kotak santan 200ml bersama 2 cawan air) 1 1/2 sudu besar majerin Cara Penyediaan: Masukkan jagung, tepung kastard gula, susu cair, tepung jagung, garam dan santan di dalam blender dan kisar. Tujuannya supaya jagung dikisar halus dan diadun sebati dengan bahan-bahan lain. Masukkan adunan kisar di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan berkilat. Kemudian masukkan pula majerin dan kacau sehingga sebati. Tips Jika anda tak suka jagung yang dikisar halus boleh adun bahan dalam periuk sahaja. Tak perlu di blender. http://iresipi.com/resepi/puding-jagung-sedap/show

Puding Karamel Tanpa Telur

PUDING KARAMEL TANPA TELUR Resepi Puding Karamel Tanpa Telur , dessert atau pencuci mulut yang sangat sedap. Sesuai untuk sesetengah orang yang kurang gemar dengan puding karamel yang menggunakan banyak telur atau sensitif kepada rasa hanyir telur. Cara pun mudah kerana puding ini tak perlu dibakar atau dikukus, cuma sejukkan di dalam peti ais sehingga beku dan sedia untuk dimakan. Teksturnya pun cantik, licin dan lembut. Selamat mencuba. Bahan-Bahan: Bahan-bahan untuk gula karamel: 1/4 cawan gula 3 sudu besar air Bahan-bahan untuk puding: 1 paket agar-agar (10g) 1 tin susu cair 1/2 cawan susu pekat 4 cawan air 3/4 cawan gula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan) 3 sudu besar tepung kastard 1 sudu kecil esen vanila Cara Penyediaan: Cara-cara untuk gula karamel: Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata. Tuang dalam loyang dan ketepikan (saya guna l...

Resipi Puding Roti Coklat

RESIPI  PUDING ROTI COKLAT Bahan-Bahan: 6-7 keping roti 2 cawan susu Full Cream 3 biji telur, saiz sederhana 1/3 cawan gula perang (boleh digantikan dengan gula putih) 2 sudu besar serbuk koko 2 sudu besar bancuhan kopi espresso sedikit butter secubit garam 3/4 cawan coklat chip sedikit white coklat chip untuk hiasan Bahan-bahan untuk sos: 200 gram coklat bar 1/2 cawan susu 2 sudu besar butter Cara Penyediaan: Potong roti kepada potongan kiub. Griskan bekas caserolle atau baking pan dengan butter. Masukkan potongan kiub roti tadi dan taburkan coklat chip di dalam susunan roti dengan sekata. Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, serbuk koko, air bancuhan kopi, gula dan secubit garam. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati. Tuangkan adunan susu ke dalam dulang yang berisi roti tadi. Tekan-tekan sedikit roti supaya tenggelam. Rehatkan selama 15 minit supaya roti menyerap cecair adunan. Bakar selama 40-50 minit. Angkat dan hiaskan...

Apam Kukus Coklat

RESIPI APAM KUKUS COKLAT Sebelum anda cuba resepi ini, sila rujuk  bahagian tips  untuk memudahkan penyediaan dan pastikan kuih dikukus dengan elok dan sempurna. Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum* 5 sudu besar serbuk koko* 1 sudu teh baking powder* 1/2 sudu teh soda bikarbonat* 1/2 sudu teh garam halus* 2 biji telur 1 cawan minyak sayur 1 cawan susu pekat manis 1 cawan gula halus 1 cawan air sedikit minyak untuk sapu pada acuan Cara Penyediaan: Ayak bahan-bahan bertanda (*) di dalam mangkuk besar. Masukkan telur, minyak sayur, susu pekat, gula halus dan air ke dalam bahan ayak tadi. Kacau sebati menggunakan hand whisk. Rehatkan seketikan selama 30 minit. Panaskan kukusan. Sapu minyak di bahagian dalam acuan lompang. Tuang adunan sehingga 3/4 penuh acuan. Kukus selama 15-18 minit. Tips Bahan-bahan tersebut perlu diayak kerana serbuk koko selalunya berketul-ketul. Lebih mudah dibancuh jika semua bahan tersebut diayak. Penu...

Puding Roti Kukus

Ada pelbagai macam versi resepi puding roti, ada yang di bakar, ada pula yang di kukus. Kali ini yang saya nak tulis yang kukus je. Boleh anda mencuba membuatnya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga anda. Kebetulan di rumah masih ada beberapa keping roti. Cara buat puding roti kukus memang mudah dan rasanya pun sedap. Jika teman-teman nak datang ke rumah, boleh anda cuba menyediakan ini. Kalau cuma buat donut kan tak banyak makanan yang ada di atas meja. Mudah-mudahan resepi puding roti kukus yang saya kongsi ini boleh anda pahami dengan baik.  Resepi Puding Roti Kukus Bahan-bahan 4 keping roti yang dipotong kecil-kecil 1 tin susu cair (375 ml) 2 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar butter kismis Cara buat puding roti kukus Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam satu bekas, gaul hingga rata. Masukkan susu cair dan gaul adunan hingga rata. Sapu butter pada roti dan susun roti di atas loyang. Lepas t...