RESIPI APAM KUKUS COKLAT
Sebelum anda cuba resepi ini, sila rujuk bahagian tips untuk memudahkan penyediaan dan pastikan kuih dikukus dengan elok dan sempurna.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum*
- 5 sudu besar serbuk koko*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
- 1/2 sudu teh garam halus*
- 2 biji telur
- 1 cawan minyak sayur
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan air
- sedikit minyak untuk sapu pada acuan
Cara Penyediaan:
- Ayak bahan-bahan bertanda (*) di dalam mangkuk besar.
- Masukkan telur, minyak sayur, susu pekat, gula halus dan air ke dalam bahan ayak tadi. Kacau sebati menggunakan hand whisk. Rehatkan seketikan selama 30 minit.
- Panaskan kukusan. Sapu minyak di bahagian dalam acuan lompang.
- Tuang adunan sehingga 3/4 penuh acuan. Kukus selama 15-18 minit.
Tips
- Bahan-bahan tersebut perlu diayak kerana serbuk koko selalunya berketul-ketul. Lebih mudah dibancuh jika semua bahan tersebut diayak.
- Penutup kukusan hendaklah dibalut dengan kalin supaya titisan air tidak jatuh ke dalam kuih semasa proses mengukus.
Comments
Post a Comment