Skip to main content

Puding Roti Kukus


Ada pelbagai macam versi resepi puding roti, ada yang di bakar, ada pula yang di kukus. Kali ini yang saya nak tulis yang kukus je. Boleh anda mencuba membuatnya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga anda. Kebetulan di rumah masih ada beberapa keping roti. Cara buat puding roti kukus memang mudah dan rasanya pun sedap. Jika teman-teman nak datang ke rumah, boleh anda cuba menyediakan ini. Kalau cuma buat donut kan tak banyak makanan yang ada di atas meja. Mudah-mudahan resepi puding roti kukus yang saya kongsi ini boleh anda pahami dengan baik. 







Resepi Puding Roti Kukus



Bahan-bahan

  • 4 keping roti yang dipotong kecil-kecil
  • 1 tin susu cair (375 ml)
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • kismis

Cara buat puding roti kukus

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam satu bekas, gaul hingga rata.
  2. Masukkan susu cair dan gaul adunan hingga rata.
  3. Sapu butter pada roti dan susun roti di atas loyang.
  4. Lepas tu, tuang adunan ke atas susunan roti dan taburkan kismis.
  5. Kukus dengan api sederhana selama 20-25 menit.
  6. Bila sudah matang, sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Demikian resepi puding roti kukus paling sedap dan simple. Bila ada masa kosong, saya nak cuba resepi puding lain yang tak kalah sedap. Puding ni boleh makan ramai-ramai. Selamat mencuba dan jangan salahkan saya bila banyak orang minta buatkan lagi. Ya, resepi ini memang lebih simple daripada minta dibuatkan puding kuah.

Comments

Popular posts from this blog

Bubur Makaroni

Bubur Makaroni Bahan-bahan 1 1/2 cawan gula 1000ml santan cair 1 cawan santan pekat 1 tin jagung krim 1 peket kecil macaroni Cara-cara 1. Rebus makaroni hingga kembang. Ketepikan. 2. Rebus sagu yang telah direndam terlebih dahulu. 3. Masukkan santan cair, jagung krim dan gula ke dalam periuk dan letak atas api hingga mendidih. 4. Masukkan macaroni dan santan pekat dan didihkan seketika. Sedia untuk di makan!

Makaroni Goreng Creamy

Makaroni Goreng Simple Bahan-bahan 1 paket makaroni San Remo(bentuk C) 250 gm butter 0.5 – 1 kg udang (buang kulit) 1 paket sosej (potong bulat2 kecil) 1 botol Sos tradisional Prego 1 tin cendawan butang (potong kecil-kecil) 1 tin sos cendawan 1 kiub ayam knorr 2 labu bawang besar (dimayang) 4 biji bawang putih (dimayang halus) 1 cawan air(boleh tambah kalau pekat sangat) Garam dan gula secukup rasa Sedikit minyak zaiton Cara-cara Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaiton hingga masak. Toskan dalam bakul tos. Goreng sosej hingga masak dan ketepikan. Panaskan separuh butter dalam kuali. Tumiskan bawang2 yang dimayang tadi bersama kiub ayam knor hingga keperangan. Masukkan sos prego + sup cendawan + air. Kacau sebati biarkan hingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang dan gaul sebati. Biar hingga masak dan agak pekat. Masukkan makaroni dan sosej, gaul sebati dan padamkan api.(jangan gaul terlalu lama nanti makaroni hancur)...

Makaroni Cheese Goreng Simple

Salam and hai semua..Ada tak peminat chesse kat sini? kalau ada boleh la cuba resipi simple dan mudah ni. Resipi Macaroni Cheese Goreng Simple. Selamat mencuba. jangan lupa share dengan kawan-kawan lain ye.     RESIPI MACARONI CHEESE GORENG SIMPLE Bahan2 resipi macaroni cheese goreng simple : 2 kiub pati ayam knorr 2-3 ulas bawang putih diketuk 1 packet sosej ayamas dihiris 1 tin cendawan butang dihiris 1 biji lada benggala ( hijau & merah) 2 tin prego cheese & herbs 1 packet macaroni (500g) garam secukup rasa Cara-cara memasak: 1. tumis bawang putih sampai bertukar warna,  pastu masukkan kiub pati ayam knorr 2. masukkan sosej dengan cendawan butang yang dah dihiris tadi. goreng skejap 3. masukkan sos prego cheese & herbs dan kacau hingga sebati. 4. masukkan macaroni yang dah direbus tadi 5. kalau kering sangat masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. tabur sedikit garam. takyah     ...