Skip to main content

Posts

Puding Roti Kukus

Ada pelbagai macam versi resepi puding roti, ada yang di bakar, ada pula yang di kukus. Kali ini yang saya nak tulis yang kukus je. Boleh anda mencuba membuatnya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga anda. Kebetulan di rumah masih ada beberapa keping roti. Cara buat puding roti kukus memang mudah dan rasanya pun sedap. Jika teman-teman nak datang ke rumah, boleh anda cuba menyediakan ini. Kalau cuma buat donut kan tak banyak makanan yang ada di atas meja. Mudah-mudahan resepi puding roti kukus yang saya kongsi ini boleh anda pahami dengan baik.  Resepi Puding Roti Kukus Bahan-bahan 4 keping roti yang dipotong kecil-kecil 1 tin susu cair (375 ml) 2 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar butter kismis Cara buat puding roti kukus Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam satu bekas, gaul hingga rata. Masukkan susu cair dan gaul adunan hingga rata. Sapu butter pada roti dan susun roti di atas loyang. Lepas t...

Resipi Triffle Mudah dan Enak

RESIPI TRIFFLE MUDAH Bahan-bahan 1 tin susu cair 1 sudu besar gula 4 sudu besar tepung kastard 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard ½ biji kek gulung sederhana saiznya (guna yg wrna hijau perisa pandan tu lg sedap!) 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya 1 peket agar-agar jeli kristal Nona 1 mangkuk air panas Cara-cara : 1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api. 2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api. 3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin. 4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis. 5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi. 6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati. 7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan....

Coklat Lasagna

Coklat Lasagna Bahan lapisan dasar 24 keping biskut oreo – dikisar bersama krimnya 100 gm bijirin sarapan Milo – dikisar 100 gm mentega – dicairkan Cara penyediaan lapisan dasar 1.               Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan. Bahan A 200 gm krim keju  – suhubilik 1 cawan krim putar bukan tenusu ( non-dairy whipping cream ) 100 gm gula kastor 2 sudu besar susu segar Cara penyediaan bahan A 1.               Pukul krim keju sehingga lembut. 2.             Masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga lembut dan gebu. 3.             Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan. 4.             Di dalam bekas yang berl...

Bubur Makaroni

Bubur Makaroni Bahan-bahan 1 1/2 cawan gula 1000ml santan cair 1 cawan santan pekat 1 tin jagung krim 1 peket kecil macaroni Cara-cara 1. Rebus makaroni hingga kembang. Ketepikan. 2. Rebus sagu yang telah direndam terlebih dahulu. 3. Masukkan santan cair, jagung krim dan gula ke dalam periuk dan letak atas api hingga mendidih. 4. Masukkan macaroni dan santan pekat dan didihkan seketika. Sedia untuk di makan!

Makaroni Bakar Special

Makaroni Bakar Special Bahan-bahan : 250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega Bahan inti 500 g daging cincang (daging fresh bukan yang beli kat pasaraya tu) tapi kalau malas boleh le – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang 30 gm mentega 2 biji bawang besar } dicincang 1 ulas bawang putih } dicincang halus 1 sudu kecil garam 1 sudu besar rempah kari daging – kalau nak pedas lebihkan rempah ½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering 2 biji tomato buang biji, potong dadu Sedikit daun saderi – potong halus 2 biji capsicum merah /hijau – potong dadu 2 putih telur (saiz A) 500 ml sos putih – ada kat belakang cara nak buatnya 125 g keju cheddar } diparut Cara-cara 1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih. 2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah. 3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan. 4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati. 5. Sapuka...

Makaroni Keju Panggang

Bahan-bahan: 300 gm makaroni | direbus dalam air dengan sedikit garam hingga lembut 375 gm keju | diparut 250 krim putar 250 ml susu segar 5 keping daging panggang | dicincang halus 3 sudu makan keju parmesan | diparut Sedikit serbuk buah pala Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa Cara memasak: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 400ºF atau 180ºC. 2. Campurkan setengah cawan keju, krim putar, susu segar, daging panggang, keju parmesan dan serbuk buah pala di dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati. 3. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi berserta dengan garam dan serbuk lada sulah dan sebatikan. 4. Tuangkan ke dalam dulang pembakar. Taburkan lebihan keju tadi dan dibakar selama 20 minit hingga kekuningan di atasnya. Tabur keju parmesan.

Makaroni Goreng Creamy

Makaroni Goreng Simple Bahan-bahan 1 paket makaroni San Remo(bentuk C) 250 gm butter 0.5 – 1 kg udang (buang kulit) 1 paket sosej (potong bulat2 kecil) 1 botol Sos tradisional Prego 1 tin cendawan butang (potong kecil-kecil) 1 tin sos cendawan 1 kiub ayam knorr 2 labu bawang besar (dimayang) 4 biji bawang putih (dimayang halus) 1 cawan air(boleh tambah kalau pekat sangat) Garam dan gula secukup rasa Sedikit minyak zaiton Cara-cara Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaiton hingga masak. Toskan dalam bakul tos. Goreng sosej hingga masak dan ketepikan. Panaskan separuh butter dalam kuali. Tumiskan bawang2 yang dimayang tadi bersama kiub ayam knor hingga keperangan. Masukkan sos prego + sup cendawan + air. Kacau sebati biarkan hingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang dan gaul sebati. Biar hingga masak dan agak pekat. Masukkan makaroni dan sosej, gaul sebati dan padamkan api.(jangan gaul terlalu lama nanti makaroni hancur)...